Monday, June 6, 2011

CUTI: ANTARA BUKU DAN CYBER

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,

UMUMNYA MASA CUTI BEGINI KITA DAPATI SEGELINTIR PELAJAR LEBIH SUKA MENGHABISKAN MASA DI CYBER ATAU MELAYARI INTERNET DARIPADA MENTELAAH DAN MENGULANGKAJI BUKU-BUKU PELAJARAN. DALAM KES-KES TERTENTU KITA DAPATI ADA DIKALANGAN MEREKA INI MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK DI CYBER...WALAU PUN TIDAK MEMPUNYAI WANG...MALAH DALAM KES-KES TERTENTU ADA YANG TIDAK MEMBUAT ATAU MENGHABISKAN KERJA MASA CUTI YANG DIBERI OLEH GURU-GURU. APA YANG MENDUKACITAKAN KITA MEREKA INI ...TIDAK MAHU MEMANFAATKAN MASA MEREKA DI CYBER DENGAN MELAYARI LAMAN-LAMAN YANG BERUNSUR PENDIDIKAN TETAPI LEBIH KEPADA BERMAIN GAME, BERCHATING, MELAYARI LAMAN LAMAN LUCAH DAN SEBAGAINYA.

DALAM HAL INI IBUBAPA SEHARUSNYA MEMBERI PERHATIAN DAN MEMANTAU PERGERAKAN ANAK-ANAK MEREKA AGAR DAPAT MENGAWAL MASA SERTA AKTIVITI ANAK-ANAK MEREKA DI CYBER.JIKA PERKARA INI BERTERUSAN MAKA KESAN NEGATIFNYA AMAT BESAR TERHADAP SAHSIAH, DISPLIN, PANDANGAN HIDUP, NILAI YANG DIPEGANG DAN ANAK-ANAK TERSEBUT...

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG PERKARA INI?...