Tuesday, October 7, 2008

MENJADI PENDIDIK ATAU GURU DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,



RAKAN PEMBACA DAN BLOGGER SEKELIAN,



Setelah lebih kurang 12 tahun mengharungi pahit manis kerjaya sebagai seorang guru ini, kekadang terfikir juga aku tentang ERTI KATA SEBENARNYA menjadi seorang pendidik atau guru.Ini tidaklah bermakna selama ini aku MAKAN GAJI BUTA, tetapi sesungguhnya untuk menjadi SEORANG GURU ATAU PENDIDIK YANG SEBENAR banyak perkara yang perlu diberikan perhatian baik yang bersangkutan dengan DIRI SENDIRI, PARA PELAJAR, IBU BAPA PELAJAR DAN SELURUH MASYARAKAT MAHU PUN MASA DEPAN NEGARA.



A)PERANAN GURU TERHADAP DIRI SENDIRI (KERJAYANYA)

SAMA ADA ANDA MINAT ATAU TERPAKSA menjadi guru...semua guru seharusnya..



1.Memahami dan mengikuti segala bidang tugas mereka agar tidak DICAKAP ORANG MAKAN GAJI BUTA mengikut bidang tugas dan peraturan yang telah sedia ada.



2.Menyematkan, berpegang atau memperbetulkan NIAT DALAM MENJALANKAN TUGAS. Alangkah baiknya jika seseorang guru itu mempunyai niat menjalankan tugas demi kerana Tuhan untuk menunaikan segala tanggungjawabnya sesuai dengan bidang tugas dan peraturan yang telah ditetapkan.



3. Senentiasa BERUSAHA SECARA BERTERUSAN MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN sesuai dengan tuntutan zaman agar dapat memenuhi peranan sebenarnya sebagai seorang guru secara semaksima mungkin.



4.SANGGUP BERKORBAN ....semampu mungkin dalam menjalankan tugasan-tugasan berkaitan...



5.Senentiasa cuba MEMOTIVASIKAN DIRI SERTA MENILAI KERJAYA SENDIRI ..dari masa kesemasa secara berterusan agar DEDIKASI, KOMITED DAN TANGGUNGJAWAB dalam menjalankan tugas senentiasa dalam keadaan yang terbaik.



6.Oppsss...of course...JANGAN LUPA LULUS PTK DAN MUDAH MUDAHAN DAPAT NAIK PANGKAT DENGAN CEPAT...AGAR KITA TIDAK MENJADI GOLONGAN PENGKRITIK ATAU PENGUTUK KERJAYA SENDIRI, AKHIRNYA MENJADI MALAS DAN TIDAK BERDAYA MAJU.



B)PERANAN GURU TERHADAP PARA PELAJARNYA (diubahsuai daripada posting terdahulu)



1.MENGAJAR MELALUI PROSES PEMBELAJARAN TERANCANG
Setiap pendidik atau guru mempunyai jadual mengajar masing-masing.Oleh kerana para guru digaji untuk itu maka adalah satu perkara yang tidak wajar kalau ada guru yang dengan sengaja tidak menunaikan tanggungjawab tersebut...



2.MEMBIMBING CARA BELAJAR BERKESAN = STUDY HARD & STUDY SMART
Bagi guru - guru yang berkemahiran tentang cara - cara pembelajaran yang berkesan apa salahnya diajarkan kepada anak didik mereka.Hal ini tentunya akan memperbaiki mutu proses pembelajaran para pelajar.



3.MEMBIMBING TEKNIK MENJAWAB DALAM PEPERIKSAAN
Dalam konteks ini para pendidik boleh memberikan para pelajar kemahiran berkaitan. Semoga dengan adanya kemahiran tersebut para pelajar kita tidak akan teraba-raba khususnya dalam menjawab peperiksaan dengan teknik yang tepat dan memenuhi format yang sepetutnya.



4.MEMBERIKAN ANALISIS SOALAN TAHUN - TAHUN LEPAS DAN SOALAN RAMALAN.
Tentunya bagi guru-guru yang dedikasi dalam tugasnya sanggup bersusah payah membuat analisis soalan tahun - tahun lepas dan juga soalan ramalan untuk menjadi panduan kepada para pelajar mereka.



5.MENASIHATI DAN MEMOTIVASIKAN SEMANGAT BELAJAR PARA PELAJAR
Dalam kehidupan moden yang penuh cabaran ini banyak perkara yang menyebabkan para pelajar lalai dalam memberikan perhatian sepenuhnnya kepada proses pembelajaran mereka. Alangkah baiknya para pendidik menganggap para pelajar mereka seperti anak mereka sendiri dan senentiasa memberikan nasihat dan motivasi agar mereka lebih fokus dan prihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka.



6.MENCIPTA HUBUNGAN BAIK DENGAN ANAK DIDIK MEREKA
Kewujudan hubungan yang baik antara pendidik dengan anak didiknya boleh menjadi faktor penentu berkaitan danan keberkesanan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.Para pendidik kemungkinan boleh lebih fleksibel dan mempelbagaikan jenis hubungan denegn para pelajar mereka sebagi kawan, sebagai murid atau pelajar, sebagai ibubapa, sebagai fasilatator dan sebagainya.Hubungan guru dengan pelajar yang bermasalah tentunya akan mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar...



7.MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG BAIK
Seorang guru yang prihatin dan peka kepada proses pembelajaran para pelajarnya kan senentiasa cuba mewujudkan suasana yang kondusif agar proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan diterima baik oleh para pelajar.



8.MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBUBAPA PELAJAR
Seorang guru yang bertanggungjawab dan dedikasi dalam tugas mereka seharusnya mempunyai hubungan baik dengan ibubapa para pelajar agar saling dapat bertukar maklumat dan berkongsi idea untuk membimbing para pelajar kearah pencapaian akademik yang cemerlang.



9.MEMBERIKAN LATIHAN, KERJA SEKOLAH,LATIH TUBI DAN SEBAGAINYA.
Perkara ini penting bagi melihat keberkesanan proses perkembangan pembelajaran mereka dan meneliti perkara yang para pelajarnya tidak tahu atau tidak faham.Hal ini boleh menjadi panduan untuk memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran dan menambah nilai dan data pengajaran mereka.



10.MEMBENTUK SASIAH DAN DISIPLIN PARA PELAJAR
Umum mengetahui kecemerlangan akademik para pelajar berkait rapat dengan prestasi didiplin mereka. Oleh itu ada baiknya para guru berkerjasama dengan ibu bapa dalam membentuk sasiah dan disiplin para pelajar agar masalah disiplin seseorang pelajar tidak menjejaskan prestasi akademiknya.



11.MEMBANTU MENYELASAIKAN SEMUA MASALAH PERIBADI PELAJAR SEKIRANYA DIPERLUKAN...(SELALU JUGA BA!)

Kekadang banyak juga masalah peribadi pelajar yang mana atas permintaan atau persetujuan para pelajar terpaksa melibatkan campurtangan guru-guru.Sebagai contohnya MASALAH KELUARGA, MASALAH KEWANGAN,MASALAH BUKU PEMBELAJARAN dan sebagainya.HAL INI AMAT DIRASAI OLEH GURU-GURU YANG BERTUGAS DI KAWASAN LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN.



C) PERANAN GURU TERHADAP IBU BAPA PELAJAR

Para pendidik seharusnya dapat memahami dan mempunyai rasa empati terhadap harapan ibu bapa pelajar khususnya daripada segi kemajuan sikap, sahsiah, disiplin serta PENCAPAIAN AKADEMIK. Oleh itu adalah sangat penting bagi para pendidik untuk senentiasa menganggap PARA PELAJAR ITU SEPERTI ANAK SENDIRI.
Selain itu hubungan baik antara ibu bapa dengan guru-guru juga amat perlu khususnya dalam menjalinkan kerjasama untuk memajukan aspek sikap, sahsiah dan akademik para pelajar.
RINGKASNYA IBU BAPA MELABURKAN BERIBU RINGGIT UNTUK MELIHAT ANAK MEREKA MENCAPAI KEJAYAAN DENGAN MENJADI INSAN BERGUNA ...OLEH ITU KITA SEBAGAI PENDIDIK SEHARUSNYA MENYOKONG PENGORBANAN IBUBAPA MEREKA ITU DENGAN MELAKSANAKAN KERJA KITA SEBAIK MUNGKIN.


D) PERANAN GURU TERHADAP MASYARAKAT

Pada kebiasaannya masyarakat akan menilai kerja para pendidik ini dengan MELIHAT KEJAYAAN AKADEMIK DAN KEMENJADIAN PARA PELAJAR.Oleh itu dalam hal ini para pendidik dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk merelisasikan kemahuan masyarakat tersebut...KITA BERHARAP SELURUH MASYARAKAT MENYOKONG USAHA PARA PENDIDIK DENGAN MEMBERIKAN KRITIKAN-KRITIKAN YANG MEMBINA....Disamping TIDAK MELIHAT KERJAYA PENDIDIK INI SEBAGAI KERJAYA, ...'LOW CLASS'..

E) PERANAN GURU TERHADAP NEGARA

WAHAI RAKAN-RAKAN GURU MARILAH KITA MENJADI ARKITEK MANUSIA YANG TERBAIK AGAR KITA DAPAT MENGHASILKAN WARGANEGARA DAN MODAL INSAN YANG TERBAIK...DEMI KEMENJADIAN NEGARA KITA SESUAI DENGAN HASRAT WAWASAN 2020.

SALAM HORMAT..."SAYA YANG MENURUT PERINTAH"..."TERIMA KASIH CIKGU", ..........................SUKARIA71@GMAIL.COM

14 comments:

dillema said...

Memang terlalu banyak jasa guru...tidak ternilai...
Kepada anda yang berjawatan sebagai GURU... teruskan perjuangan untuk mendidik anak2 bangsa kita...

Tompinai paladius @ NiT said...

Dalam idup sia actually nda pernah termimpi mau jadi guru... never never... tapi sia terpaksa akur lagu Royston & Francisca.. Tak kenal maka tak cinta... sekarang I dah jatuh cinta dan dah kenal pun.. :D I'm so proud to be a teacher dan bercadang untuk menjadi tenaga pengajar sampai bila-bila... I have office works.. really sorry I had been in the office b 4, biarla sia jadi guru sampai bila-bila...rasanya kalau ada promotions pun inda minat especially bila p ofis ne... tiada pangkat tingi2 pun ok...asal gaji naik dan jalan... yang penting mengajar.. :D

april RD said...

lama jg sdh mengajar a...12 thn...:)

iNi DunIakU said...

hmmm... takotnyer nak memagang tugas sebagai seorang guru nnti..

kadazan man said...

sad but true...based on my experience teaching here, students sometimes doubt your ability to teach especially when you don't look "white" like the rest of the country. so, they constantly test your patience and try to break you down.

Anonymous said...

Aik, bole saya menyampuk, dulu-dulu bapa saya menjadi guru bermula pada 1937(sebelum perang dunia kedua lagi). Dia ditukal-tukal na di merata tampat di Sabah. Bayangkan saja waktu itu, tekana lagi di pedalaman, na naik kuda ba dia pigi kampung2 menyuruh orang pigi sekula. Nah ruma kami jadi hostel juga baaaa. Budak sekula (yang tua suda kawin pun ada)tinggal sama kami ba - kalu kami makan ubi kayu na diurang pun makan ubi la juga.

kukuanga said...

long overdue, janji sy sama mr. Lohan untuk drop by apa2 komen..

its been a great blessing for me personally to be involved in teaching business.

semua org ada opinion on definition of being a good educator and for me, kalau ada 2 perkara ni, bagus sudah...
1) TRUE INTENTION
2) DEDICATION
kalau, niat hati untuk menjadi seorang pendidik sudah ditanamkan (and we stay true to that intention... because somehow, the intention will change with time) dan dedikasi terhadap karier harus sentiasa ada

nah...macam mudah kan, but, biasalah... cakap saja senang, tapi yang mau buat, ada susah sikit.. (tapi... boleh dilakukan, kalau mau). ini cabaran utk diri sendiri dan juga kepada rakan2 pengajar yang lain... bah, marilah kita berusaha!

sweetie~ said...

oh sy suka ni cikgu2 w/pun sy bukan cikgu....haha. cikgu ni ada cara befikir yg tersendiri ba....mungkin sbb talampau byk attend kursus....hehe

biasa dulu2 klu anak cikgu pandai2 ba...haha

_____hanya_____ said...

tanpa adanya.... guru yang mengajar..... bagaimana mungkin orang bisa memiliki pendidikan dan pengetahuan yang luas

Anonymous said...

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

sweetie~ said...

mmmm i'm wondering camna la kehidupan cikgu2 yg kana hantar pigi uluuuuuuuuuuuuuu....apa la aktiviti dorang tu? memburu? berkebun? memancing? hehe....tp siuk jgk tu elaun besar kan.....

aLING said...

adeiiiii!!!! mencabar juga oooo jdi sigu... sya dulu pernah posting d pulau 8 jam atas kapal nelayan baru sampai.... lepas 2 pindah masuk hutan dalam 6 jam baru sampai.... sekarang di pekan lah.....3 minit sampai PEKAN RANAU.... aduiiii kalau d tulis terlalu panjang pula..... apa2pun...kepada semua cikgu2 dan bakal cikgu.... SAMA_SAMALAH KITA BERUSAHA MENJADI PENDIDIK YANG DISEGANI..... duuuuuluuuukan saya keliru ooooo ada cikgu sayakan dia merotan murid pasal hisap rokok,tapi masa rehat tiap2 hari saya nampak dia merokok sana belakang kantin....hahahaha!!!

Malaikatsesat@Bentara Sakti said...

Seronok jadi guru... jika kita benar-benar melaksanakan tugas-tugas sebagai "guru" yang sebenar. Tanggungjawab besar guru ialah "mengajar" dan "mendidik". Namun yang banyak berlaku kini ialah... selalunya, keutamaan tugas berkenaan turun ke nombor 4 atau 5 secara terpaksa.Mengapa? Guru perlu menyelesaikan kerja-kerja perkeranian... Nombor 1. Guru perlu menghadiri macam-macam kursus... yang kadang-kadang bukanlah menyumbang sangat kepada perkembangan guru itu sendiri... Nombor 2. Seterusnya, guru perlu menjadi "polis" dan "tentera" di sekolah... agar sekolah aman damai dari "dajal" dan "onar" kebanyakan murid dan masyarakat zaman sekarang...Nombor 3.

Siti said...

Aling,
Banyak pengalaman cikgu ahh..8 tahun di pulau dan 8 tahun di ulu. Saya fikir untuk perkhidmatan seterusnya cikgu dapat memikirkan cara terbaik membimbing anak-anak didik yg hanya mengharap seorang guru untuk mendapat segala ilmu pengetahuan dan bergantung penuh pada seorang guru untuk memperolehi segala macam pengetahuan untuk hidup mereka.. Sekarang cikgu berhadapan pula dgn pelajar yg sudah terdedah dgn pembangunan IT dan kecanggihan pengetahuan. Oleh itu lebih mudah utk cikgu menyumbang ilmu pada anak2 didik. Pengalaman cikgu sgt berguna utk berfikir tentang bagaimana menjadikan pelajar itu seorang pelajar yg berguna di masa akan datang dan bukan setakat sijil yg penuh dgn AAAAA tetapi punya sahsiah yg terpuji.