Saturday, September 13, 2008

PROBLEM HAFAL SIFIR !!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

PARA PEMBACA YANG D MULIAKAN,

Umumnya SIFIR adalah merupakan satu perkara asas yang amat penting bagi para pelajar untuk menguasai Mata Pelajaran Matematik dan apa jua mata pelajaran lain yang melibatkan proses pengiraan.Lazimnya pelajar yang dapat menghafal sifir akan dapat menguasai Mata Pelajaran Matematik berbanding pelajar yang kurang atau tidak dapat menghafal sifir.

Pun begitu masalah yang selalu dibangkitkan berkaitan perkara ini adalah berhubung MASALAH MENGHAFAL SIFIR.Sebenarnya saya sendiri kurang arif berkaitan dengan cara-cara menghafal sifir, walau bagaimana pun pada kebiasaannya sesuatu perkara yang kita hendak hafal itu tentulah kita fahami terlebih dahulu.Dalam konteks ini seseorang pelajar yang hendak menghafal sifir mestilah memahami bagaimana proses atau operasi pengiraan yang terlibat.

Beberapa faktor lain yang mungkin mempengaruhi ialah TAHAP IQ PELAJAR dan kerajinan menghafal dalam jangkamasa panjang secara berterusan.Sebagai misalannya seseorang Pemandu Teksi yang berulang alik dari Pekan Ranau ke Bandaraya Kota Kinabalu setiap hari untuk beberapa bulan atau tahun tentunya akan dapat menghafal selok belok jalanraya yang dilaluinya.Demikian juga seorang pelajar yang telah berusaha menghafal sifir sejak dari sekolah rendah lagi akan lebih berjaya menghafalnya berbanding seorang pelajar sekolah menengah yang baru mencuba melakukanya.

Saya amat percaya rakan - rakan pembaca dan para BLOGGER yang lain ada pengalaman, maklumat atau pengetahuan berkaitan hal ini...

Sekiranya ada HARAP RINGAN TANGAN MENAIPNYA DI RUANGAN KOMEN .... BERSAMA KITA MEMBANTU PARA PELAJAR...

SALAM HORMAT ... SUKARIA71@GMAIL .COM

8 comments:

defoo said...

Hmm, klu sifir tu mmg boleh hafal dlm otak juga klu selalu amalkan. Tetapi bagi yg tidak dpt buat begitu ada cara lain utk hafal.

Taktik 1:
Ini adalah satu taktik yg popular utk sifir 9. Taktik ini menggunakan 10 jari tangan kita (klu guna jari kaki susah sikit sbb dlm kelas pki kasut kan).

Cth: 9darab1 = ibu jari sahaja dilipat, so tinggal 9 jari.
9darab2 = jari telunjuk sahaja dilipat, ibu jari yg tidak dilipat mewakili 1 dan 8 jari lain yg juga terbuka mewakili 8, so menjadi 18. Begitulah seterusnya utk 9x3 sehingga 9x9.

Taktik 2:
Kaedah ini juga menggunakan 10 jari kita dan digunakan utk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dgn anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar.

*Jari kelingking mewakili 6
*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu - 8
*Jari telunjuk - 9

Contoh: 7darab7= Cantumkan jari manis tgn kanan dgn jari manis tgn kiri, tmbhkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 menjadi 4 (ini membawa maksud 40).

Kemudian jari2 yg tidak bercantum, tgn kanan ada 3 dan tgn kiri ada 3. Darabkannya 3x3 menjadi 9.

So jwpnnya 49. Boleh try dgn darab nombor lain ^_^

Fuh, susah juga mo kasi terang guna perkataan jak kan.

IsaiahEzra said...

hahahaha...hebat o ko defoo dpt kasi terang!! chiayo!

sa pun susah mau kasi terang o kadang².

azzahh said...

hai...tuan rumah dan defooo...terima kasih banyak2 atas ilmu yang di kongsi di sini....memang sangat bermanfaat.......dan sekarang saya dah faham cara cepat untuk ajar anak saya ingat sifir 6/7/8/9 ..izinkan saya copy teknik ni yer defoo TQ

Bayatech Sdn Bhd said...

Bebudak memang tak suka dan sukar nak menghafal sifir. Tapi ada cara mudah yang akan menyebabkan mereka suka pada sifir dan akhirnya mereka sendiri akan kata yang sifir itu mudah. www.bayatech.blogspot.com

SOPIRA CREATIVE said...

Assalamualaikom
Saya baru melengkapkan teknik membina sifir melalui nyanyian.
Sesuai utuk budak umur 4 tahun samapai 102 tahun. Tengu kat u tube aku bijak sifir aliff dan blog aku sopiramaju(cari dalam ingiin google dan taip sopiramaju.
Wassalam

Physics KMS said...

Cara terbaik yang pernah mak saya lakukan pada saya ialah dengan menampal sifir di dalam tandas.secara tak langsung kita akan baca di dalam tandas tu dan sedikit sebanyak akan melekat kat kepala.akhirnya akan menjadi kebiasaa.Kini kami semua dah berjaya jadi org yang pandai math n physics!
Apa salahnya mencuba..

Anonymous said...

assalammualaikum w.b.t nama saya arlif bin wahid.bagi saya jika kita mahu menghafal dengan lebih mudah adalah dengan;
step 1;cuba memaksa diri belajar dalam keadaan bising dan kotor,selepas 1,2 minggu baru belajar menghafal dalam keadaan yang lebih baik dari itu,insyaallah kamu dapat menghafal

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.