Friday, September 5, 2008

DISIPLIN DIRI KUNCI KEJAYAAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SAJEHTERA,

Disiplin diri amat penting bagi seseorang pelajar, lebih-lebih lagi untuk menjamin keputusan yang cemerlang.Umumnya disiplin diri ialah keupayaan seseorang individu mengawal tingkahlaku supaya memenuhi tuntutan tertentu sebagaimana yang dikehendaki.
Sebenarnya pada pandangan peribadi saya disiplin diri ini amat penting sebagai asas kepada titik permulaan kejayaan cemerlang seseorang pelajar.Tentulah dalam hal ini, tanpa disiplin diri seseorang pelajar itu hanya akan berangan-angan tentang keputusan cemerlang dan akhirnya matlamat serta cita-cita yang di idamkan hanya menjadi igauan semata-mata.
Berikut ini diperturunkan beberapa kepentingan disiplin diri bagi seseorang pelajar:-
1. Pelajar dapat mengawal diri di dalam kelas dan menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap pengajaran guru.
2. Pelajar tidak akan terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah.
3. Pelajar akan menghormati seluruh warga sekolah dan masyarakat.
4. Pelajar akan mengikuti jadual belajar yang beliau sediakan.
5. pelajar akan sanggup bekerja keras (study smart dan study hard) untuk masa
depannya.
6. Pelajar akan Membuat semua kerja sekolah yang dibrikan.
7. Pelajar akan senentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan
terbaik.
8. Pelajar tidak akan terjebak dengan pelbagai macam gejala negatif yang boleh
menjejaskan fokus tumpuan mereka terhadap pembelajaran mereka.
9. Boleh mewujudkan suasana yang kondusif, harmoni dan selesa dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, tak syak lagi kepada kita semua, tentang keperluan disiplin diri bagi seseorang pelajar demi menjamin kelangsungan pencapaian akademik seseorang pelajar secara berterusan.
Pun demikian tanggungjawab siapakah sebenarnya untuk mencetus, memupuk dan membentuk disiplin diri yang kuat di kalangan para pelajar.Tentunya ibubapa, para pendidik, institusi keagamaan serta seluruh masyarakat bertanggungjawab dalam hal ini.Kita fikir-fikirkanlah...wassalam.TQ.

sukaria71@gmail.com

1 comment:

Ida Kedah said...

Tuan, Saya ingin membuat pertanyaan mengenai disiplin diri kunci kejayaan ini, kerana saya merupakan orang yang kurang berdisiplin, maksudnya bukanlah saya seorang yang nakal, jahat dan sebagainya..contohnya dalam situasi saya adalah saya ingin kurus dah bermacam-macam saya beli pil,sachet,pergi ke gym,excercise dan macam-macam lagi, masalahnya saya tidak juga kurus, ramai orang yang mengatakan pada saya jika saya buat semua benda ini tanpa ada disiplin diri saya seterusnya tidak akan kurus..boleh kah tuan kupaskan cara bagaimana harus saya mendisiplinkan diri jika berada dalam situasi begini.
Terima Kasih.