Sunday, September 21, 2008

CARA-CARA PELAJAR MENGAWAL STRESS (TEKANAN) DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

PARA PEMBACA YANG DIHORMATI,

Setiap kali menjelang atau ketika menghadapi musim peperiksaan maka para pelajar tentunya akan menghadapi tekanan atau stress, lebih-lebih lagi bagi peperiksaan yang maha penting seperti SPM dan STPM.

Umumnya tahap tekanan yang dihadapi oleh pelajar berbeza-beza mengikut tahap keprihatian mereka terhadap peperiksaan yang akan mereka duduki disamping tahap persediaan yang telah mereka lakukan.Lazimnya bagi pelajar yang mengambil berat terhadap pelajaran mereka dan menginginkan keputusan cemerlang maka tentunya stress yang mereka hadapi akan lebih dirasai.Demikian juga bagi para pelajar yang telah membuat persediaan mencukupi...mereka akan lebih selesa berbanding pelajar yang kurang bersedia.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan oleh pelajar dalam menghadapi atau dalam mengawal tahap stress yang mereka hadapi.Berikut ini diperturunkan beberapa cara atau kaedah yang berkemungkinan boleh diapplikasi oleh para pelajar dalam menghadapi stress peperiksaan demi untuk meminimumkan kesan stress tersebut terhadap mereka...

1.Buatlah persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti menghabiskan sukatan pelajaran, mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.

2.Anda mestilah mampu mengawal mental dan emosi kesan stress tersebut agar tidak menjejaskan fokus pembelajaran anda yang berkemungkinan boleh menyebabkan kesan negatif seperti..blank, lupa, gementar yang keterlaluan dan sebagainya.Jika perlu mintalah nasihat kawan-kawan, guru-guru, kaunselor sekolah dan sebagainya.

3.Sekiranya anda mengalami tahap stress yang teruk seperti menghadapi masalah sukar untuk tidur, tidak berselera untuk makan, fikiran tidak tenteram dan sebaginya akibat terlalu memikirkan masalah pembelajaran dan peperiksaan yang akan anda hadapi maka cepet-cepatlah mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang di nyatakan di atas.

4.Biasanya apabila tamat satu-satu kertas peperiksaan dan kebetulan anda tidak dapat menjawab dengan baik maka...janganlah terlalu memikirkannya agar tidak menjejaskan kertas-kertas peperiksaan berikutnya.

5.Bagi memantapkan aspek kerohanian dan mentaliti anda dalam menghadapi peperiksaan maka ...ada baiknya anda membanyakkan DOA dan SEMBAHYANG anda memohonan ketenangan dan ketajaman pemikiran dalam menghadapi peperiksaan.

6.Walau pun dalam menghadapi stress peperiksaan anda dinasihatkan agar menjaga aspek pemakanan anda kerana kegagalan anda berbuat demikian berkemungkinan akan menambah kesan stress tersebut kepada anda.

7.Anda juga diingatkan agar menjaga kesihatan anda, supaya kesan stress tersebut dapat diminimumkan.

8.Sekiranya anda menghadapi stress yang teruk ketika menduduki peperiksaan, anda bolelah keluar sekejap (jika perlu) untuk mencuci muka, meminum air, dan sebagainya.

Kepada para pembaca dan bloggers yang dihormati,
sekiranya anda mempunyai cara-cara atau kaedah-kaedah lain yang mampu minimumkan tahap dan kesan stress tersebut kepada para pelajar, Penulis berharap anda dapat kongsikannya kepada para pelajar kita dengan menaipnya diruangan komen.Sebarang komen dan ulasan anda didahului dengan ucapan berbanyak TERIMAKASIH.

Salam ...sukaria71@gmail.com...

9 comments:

april RD said...

cikgu...
sia mmg amal kan smua perkara yg cikgu gariskan kecuali yg no.4 ja sukar utk diubah....dan mmg mendtgkan hasil yg memberangsangkan jika di amal berterusan....:-D

masz said...

seingat2 sya msa time skool dulu lah kan..mcm ndak pernah stress klu dekat2 mau exam..jajal lagi kebal kan mmg begitu!! haha..konon2 seja tu mau study group lah..mau stay up smpai juling lah..mau buat revision sebulan awal lah..mau beli buku rujukan itu inilah..mcm2lah..TAPII tedaaa jgk effect..cuma syukurlah..jadi org jgk sya..hahaha..

TAPI jgn tiru mcm sya..sbb lain2 org lain cara dia bah kan..sbb sya adalah seorang yg suka belajar last minit..esok exam mmg berabis lah sya seminggu sebelum tu..tp TIDAK d galakkan utk pelajar2 d peringkat sekolah ni..

apa yg penting..tumpuan dalam kelas..buat latihan..dan kelas tambahan..dgn persediaan asas mcmni sedikit sbyk mmbantu mengurangkan stress jgkkan..at least sesorang pelajar tu tau sdh MAIN point ssebuah subjek tu..apa yg penting n apa yg ndak penting..klu yg memerlukan skill tu cthnya yg brbentuk calculation..haruslah selalu/kerap buat latihan kan..itu satu..

keduanya..pengaruh rakan2 pun penting..haruslh saling pengaruh mempengaruhi (ada ka tu perkataan)..kalau baik d buat..maka baiklah jgk d ikut..n begitulah sebaliknya..biasalah budak2/remaja kan suka meniru..(merujuk post LOHAN yg trdahulu)..y not aktiviti 'meniru' tu d terap pd pelajar melalui rakan sebaya..

ketiga..dan paling penting..doa n sembahyang..sbb inilah salah satunya cara utk mendapat ketenangan..jiwa yg tenang membawa pd minda yg lapang..fikiran yg celaru mmg penyumbang utama STRESS!!

sekian..pendapat 20 sen ku..(aku pun ndak tau apa aku bebel..layan jaklh ar..ZASS!) ;p

IsaiahEzra said...

tapi walaupun kita sudah buat ulangkaji awal² masih juga ada yang stress tu..takut x dapat jawab dengan cemerlang

Kengkaru Kong said...

ah ... tips yang bagus...

tolundus said...

kalu sy la kan, utk yg dekat2 final mcm skg ni, pelajar boleh concentrate on past year paper n buat note palg ringkas. mcm sy skg ni la haha..

kukuanga said...

inilah masalah dengan kita punya education system yang bagi one shot exam jak... kena concentrate sampai tahap menghafal nota (macam tu burung kakatua). tu yang stress memanjang. (but, really. what kinda evaluation system yang sesuai arr??)

ni, because i work with Kementerian Kesihatan as a tutor and baru2 ni the people at bahagian pengurusan latihan suggested to copy kementerian pelajaran punya sistem peperiksaan. ie, hanya mengadakan final exam untuk menguji takat pemahaman students terhadap pembelajaran (previously and currently, we're using 30/70 ie, 30% marks from fomative test-terpulang sama tutor macamana mau uji kefahaman student, tapi mesti ada rekod larr and another 70%marks from sumative exam (final exam). i am so against the one shot exam system (no intention of degrading KPM punya system arrr..)because i strongly believe, student yang academicaly weak can be a better officer. dalam kes saya ni, tu budak2 yang jadi health inspector and pembantu kesihatan awam. (CGPA tinggi pun, kalau tidak pandai komunikasi susah juga..)

my point here adalah, mungkin sistem peperiksaan dan kecenderungan untuk memaksa pelajar mencapai kecemerlangan akademik (yang sampai 16 subjek dalam SPM mau dapat A)tu yang bikin stress.

teachers, remember back falsafah pendidikan negara kita: pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah mempetingkatkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, intelek, jasmani dan rohani.....(kasi betul kalau salah arr, i copy it from memory yang sayup2 sudah). bah.. berterusan dan mau kasi jadi student tu seimbang...

student stress mau exam. kita yang cikgu2 stress macamana mau buat student tidak stress for exam. bah LOHAN kau jugalah...yang tatap.

Tompinai paladius @ NiT said...

Yup ... sia se7 dengan opinion c Kukuanga...

Pandangan siala yang kabur2 ne...heheh..

....Sia pun nda sure mau mula macam mana... dari pemerhatian saya sendiri di sekolah saya...setiap kali peperiksaan PMR, SPM or STPM diumumkan di sekolah2 mesti benda yang menjadi tumpuan utama ialah.. berapa ramai pelajar yang lulus dengan cemerlang dan mendapat A paling banyak....dan subjek mana yang mencatat pencapaian yang paling tinggi....

..Belajar untuk lulus peperiksaan dan belajar untuk memahami subjek2 yang diajar dan seterusnya lulus peperiksaan adalah 2 perkara yang berbeza...

Jadi perkara mana yang sebenarnya hendak ditekankan....

Belajar untuk lulus - dari awal tahun lagi pelajar2 didedahkan dengan soalan2 berformatkan peperiksaan - latih tubi - benda yang sama didedahkan again and again.. sehingga pelajar mahir dalam semua teknik menjawap malahan..tidak perlu berfikir secara kritis kerana suda lali/ sebati dengan teknik yang telah diajarkan...

atau

...Belajar dan memahami setiap subjek yang diajar - yang kini jarang ditekankan..lebih2 lagi bila sekolah cuma mementingkan peratusan pencapaian kelulusan yang tinggi...

Kita kena fikirkan semula perkara ini sebab ada sebahagian pelajar yang mudah menerima cara2 untuk belajar semata2 untuk lulus peperiksaan dan tidak memahami dengan mendalam terhadap apa yang dipelajari.. dan sebahagian lagi mahu memahami terhadap apa yang dipelajari dan lulus dalam peperiksaan dgn jayanya..... ini juga mungkin jadi tekanan bila pelajar tersebut gagal untuk menanganinya....

Akibatnya, spt yang diperkatakan oleh Kukuanga...

"..dalam kes saya ni, tu budak2 yang jadi health inspector and pembantu kesihatan awam. (CGPA tinggi pun, kalau tidak pandai komunikasi susah juga..)"....

...kerana terdapat sebilangan pelajar2 yang cuma mau lulus dengan baik tapi kurang penguasaan aspek2 lain dalam sesuatu bidang itu....just for the sake of lulus dengan cemerlang...

...ooppsss...sia pun bingung suda ne apa yang sia tulis ne... pendapat peribadi saja ah...

Minsulod said...

cikgu...
thanks for sharing these tips.
memang useful ni semua.

sometimes persedian b4 exam tu sepatutnya dilakukan lebih awal. tapi ada sebilangan pelajar lebih suka last minute. sebab certain pelajar mempunyai ingatan jangka pendek. Apa yg mereka baca lebih awal akan mereka lupa. so mereka lebih suka belajar last minute. cuma input terhad.

salah satu cara belajar yg boleh dikatakan membantu ialah formula..READ + VISUALIZE.

Fid"s said...

penting jugak untuk ada keyakinan diri iaitu personaliti yang positif apabila menghadapi tekanan.Perlu cool and steady dan jangan gopoh.