Wednesday, September 17, 2008

CARA-CARA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
PARA PEMBACA DAN BLOOGER YANG DIMULIAKAN,

Salah satu masalah yang menjadikan para pelajar kita malas dan selalu mengamalkan budaya tangguh-tangguh ialah kurangnya motivasi diri.Pada pandangan peribadi saya MOTIVASI DIRI ini amat penting bagi menjamin kelangsungan usaha gigih seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Walau pun terdapat pelbagai usaha pihak pentadbiran sekolah dan pihak kaunseling sekolah dalam mencetuskan naluri dan minat belajar dikalangan pelajar namun...semua itu tak akan berhasil sekiranya para pelajar sendiri tidak minat atau tidak mempunyai motivasi atau rangsangan sendiri untuk maju kedepan dalam bidang akademik.

Berikut ini disenaraikan beberapa kemungkianan, CARA-CARA bagi para pelajar agar senentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk terus berusaha gigih dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Sekiranya seseorang pelajar tidak mempunyai daya motivasi dalam diri mereka maka mereka akan cenderung untuk mengamalkan BUDAYA MENANGGUH,AKHIRNYA MENJADI MALAS DAN PUTUS ASA.

1. Tetapkan target atau keputusan yang ingin di capai dan senentiasa cuba berusaha mencapainya.

2. Bagi para pelajar yang susah ingat kesusahan keluaraga dan bentuk satu azam untuk mengubah nasib tersebut dengan mencapai keputusan cemerlang dan seterusnya.

3. Bagi para pelajar yang senang ..fikirkan bahawa kesenangan tersebut tidak akan berkekelan atau untuk menjamin kesenangan tersebut berkekalan maka perlu berusaha mencapai taraf pendidikan yang tinggi agar hal tersebut akan dapat diapplikasi untuk menjadi lebih senang atau mengekalkan kesenangan tersebut.

4. Bina satu azam / iltizam untuk mencapai keputusan cemerlang khusus untuk ditunjukkan kepada ibu bapa, ahli keluarga yang lain, awek..etc...

5. Tetapkan cita-cita anda dan berusaha keras untuk mencapai cita-cita tersebut.

6. Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin atau CINTA MONYET YANG TALAMPAU ...bagi menghindari perkara yang boleh menjejaskan motivasi belajar anda.

7. Senentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan, pihak kaunseling sekolah, awek anda dan sebaginya bagi menjamin kelangsungan motivasi diri.

8. Pilih rakan-rakan yang boleh menyokong motivasi diri anda...dan sebagainya...

Diharapkan dengan adanya kebolehan dan kemahiran pelajar untuk memotivasikan diri sendiri maka kelangsungan daya usaha kearah mencapai keputusan yang terbaik akan senentiasa subur dan berterusan.

selamat mencuba....sukaria71@gmail.com...semoga berjaya.salam.

3 comments:

Paladius said...

Tambahan leh?? :)

...Adik2 setkan motivasi yang tinggi dan fikirkan sejenak...di zaman moden ini, orang tidak lagi memandang kecantikan/ kehenseman seseorang itu melainkan kebijaksanaannya... maksudnya..yang hesem2 tu, yang jambu2 tu dan cun melecun tu tidak akan menarik lagi kalau otak kosong saja...

...Jadila orang yang resourceful, berkreativiti, motivasi diri yang tinggi, pintar dan bijkasana, bermoral, bersopan santun dan mempunyai budi pekerti yang tinggi.. vitamin2 kecantikan / ketampanan ini tidak ada dijual di farmasi atau kaki 5... semuanya ada dalam diri kita masing2.. so pandai2 la kc activate...:)

LOHAN said...

paladius the truth...tengkuyu ah...kalu dakat2 kana belanja sudah aku ni...heheh

Anonymous said...

porno video