Friday, September 26, 2008

ANTARA BUKU TEKS DENGAN BUKU RUJUKAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

PEMBACA DAN BLOGGER YANG BUDIMAN,

Ramai dikalangan para pelajar khususnya yang berkemampuan tidak minat menggunakan BUKU TEKS yang di bekalkan secara percuma oleh kerajaan.Dimana terdapat beberapa alasan yang diberi oleh mereka...antaranya ialah..

a)Buku teks sukar difahami berbanding buku rujukan.
b)Buku rujukan lebih cantik dan canggih berbanding buku teks.
c)Buku rujukan memberikan input-input tambahan yang berguna untuk pelajar.
d)Buku teks sudah lusuh, diconteng atau terkoyak.
e)Buku rujukan lebih banyak gambar.
f)Buku rujukan lebih banyak menggunakan cara pemaparan yang cenderung memudahkan para pelajar dan sebagainya.

Pada pandangan saya secara peribadi memang ada kebenaran...pendapat para pelajar tersebut...walau bagaimana pun ...tanpa mengambilkira beberapa kelebihan buku rujukan saya memperturunkan beberapa kelebihan buku teks yang mungkin pelajar kurang sedari....

1)Buku teks di buat berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran...oleh itu ruang lingkup pembelajaran sudah dihadkan...dan perkara ini tentu sedikit sebanyak memudahkan para pelajar.

2)Pembinaan SKEMA PEMARKAHAN yang di gunakaan oleh pemeriksa peperiksaan awan seperti PMR dan SPM dibuat dengan mengambilkira isi kandungan Buku Teks malah dalam kes tertentu bulat-bulat diambil daripada buku teks.

3)Buku teks percuma...taklah menyusahkan ibu bapa.

4)Oleh kerana buku teks diberi percuma oleh KPM maka kebanyakan guru mengajar dengan berasaskan kepada buku teks ...disebabkan semua pelajar memilikinya.

Walau bagaimana pun buku rujukan juga sangat berguna sebagai bahan rujukan tambahan kepada para pelajar...JADI KITA AMAT BERHARAP PARA PELAJAR TIDAK MENGABAIKAN TERUS BUKU TEKS ...MALAH JALAN TERBAIK IALAH MENGGUNAKAN KEDUA-DUA BAHAN TERSEBUT..

SALAM HORMAT...SALAM RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN

sukaria71@gmail.com

2 comments:

kukuanga said...

mr Lohan...
teringat saya dulu2 masa sekolah menengah.. (rasa rendah diri betul ni time tu, because i cant afford to buy ref book. i used library book and books i borrowed from my teacher). so, i dont really have option but to use my textbook.

compared to my secondary school days, nowadays textbooks are way better.. but since everybody are using ref books... bah go with the flow jak..

my honest opinion?, alaaa.. kalau guna buku teks pun boli pigi univ juga kalau belajar betul2..

kawoix said...

Buku teks tetap pilihan sya.