Tuesday, June 10, 2008

PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK ANAK - ANAK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SAJEHTERA SEMUA,

SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN,

SALAH SATU FAKTOR YANG BOLEH MENYUMBANG KEPADA PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK PARA PELAJAR IALAH PERANAN IBU BAPA PARA PELAJAR ITU SENDIRI.JIKA KITA BANDINGKAN JUMLAH MASA PARA PELAJAR DI SEKOLAH DENGAN DI RUMAH TENTU SEKALI, MEREKA LEBIH BANYAK MASA BERSAMA - SAMA DENGAN IBU BAPA DARIPADA MASA PERSEKOLAHAN DI SEKOLAH.

SESUNGGUHNYA PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK ANAK - ANAK MEREKA DAPAT DILIHAT DARI BEBERAPA SEGI SEBAGAIMANA BERIKUT:-

1. KEPRIHATINAN IBU BAPA DALAM MELUANGKAN MASA UNTUK MENYEMAK KERJA SEKOLAH ANAK - ANAK MEREKA, SAMA ADA SIAP ATAU SEBALIKNYA.

2. KEMAMPUAN DAN KESANGGUPAN IBU BAPA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN ANAK - ANAK MEREKA, SEPERTI BILIK BELAJAR, BUKU RUJUKAN, KELAS TAMBAHAN, BELANJA PERSEKOLAHAN DAN SEBAGAINYA.

3. KEPEKAAN IBU BAPA DALAM MEMBUAT PEMERHATIAN SECARA BERPANJANAGAN DAN BERTERUSAN TERHADAPA PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK - ANAK MEREKA.

4. KESUNGGUHAN DAN KERJASAMA IBU BAPA KEPADA SEKOLAH KHUSUSNYA GURU KELAS, GURU MATA PELAJARAN, GURU DISIPLIN DAN PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH DALAM MEMASTIKAN PENGAWASAN BERTERUSAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK - ANAK MEREKA.

5. KEUPAYAAN IBU BAPA DALAM MENGAWASI PERUBAHAN TINGKAH LAKU SERTA KEUPAYAAN MEMBERIKAN MOTIVASI ATAU DORONGAN KEPADA ANAK - ANAK MEREKA.

6. KEWUJUDAN PENGETAHUAN ASAS IBU BAPA BERKAITAN MATA PELAJARAN YANG DI PELAJARI OLEH ANAK - ANAK MEREKA.

7. KEUPAYAAN IBU BAPA MEMBENTUK SIKAP DAN SAHSIAH ANAK MEREKA AGAR MENJADI KUTU BUKU DAN BUKANNYA KUTU RAYAU...MAKLUMLAH ZAMAN SEKARANG.

8. KESEDARAN KENDIRI IBU BAPA TERHADAP KONSEP HUBUNGAN MEREKA DENGAN ANAK MEREKA BERKAITAN PROSES PEMBELAJARAN....SEPERTI ADAKAH MERE BERTINDAK SEBAGAI GURU...ATAU SEBAGAI KAWAN... ATAU SEBAGAI IBU BAPA DALAM MELAYANI KERENAH PEMBELAJARAN ANAK - ANAK.

9. KESANGGUPAN DAN KEMAMPUAN IBU BAPA MEMBERI CONTOH TELADAN KEPADA ANAK - ANAK DENGAN MENGAMALKAN SENDIRI BUDAYA BERUNSUR AKADEMIK SEPERTI BUDAYA SUKA MEMBACA DAN SEBAGAINYA.

10. AKHIR SEKALI KEPADA PARA IBU BAPA,

" JANGANLAH KITA HANYA MENGHARAPKAN DAN MEMBERIKAN TEKANAN KEPADA ANAK - ANAK AGAR BERJAYA DENGAN CEMERLANG SEDANGKAN KITA SENDIRI KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA PERANAN KITA DALAM MERELISASIKAN KEJAYAAN AKADEMIK ANAK - ANAK KITA ".

2 comments:

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Amir Azros said...

Satu Artikel Yang Baik Untuk Dijadikan Rujukan.

Terima Kasih


Amir Azros
http://pakarkeluarga.blogspot.com/